Asal nama Nyalas

Nyalas mendapat nama dari daun Palas yang banyak terdapat di kawasan ini suatu masa dahulu. Kawasan Nyalas ini terbahagi kepada 5 solok iaitu Solok Gapis, Solok Mantai, Solok Ayer Repat, Solok Palembang dan Kampung Baru.

Terdapat 3 buah taman perumahan di Pekan Nyalas. Kampung ini terkenal dengan limau bali Nyalas. Untuk makluman, pasar malam diadakan pada setiap hari Jumaat di jalan menghala ke Felda Bukit Senggeh.

Penghulu Kampung Nyalas ialah En.Yusof Bin Botak.Kampung ini mempunyai tiga JKK.Pengerusi JKK Nyalas ialah En.Sham Zainal Bin Abdul Karim.Pengerusi JKK kampung Gapis pula ialah En.Bakar Bin Kamis,manakala pengerusi bagi kampung Gapis Mantai ialah Tuan Haji Norman Bin Rusdi.

Kampung ini mempunyai beberapa buah sekolah seperti SMK Nyalas,SK Nyalas,SJKC Nyalas dan SRA JAIM Masjid Tua Nyalas.Nyalas juga terdapat beberapa bagunan kerajaan seperti balai polis,bagunan jeperun,dan tiga buah balai raya.

Pekan Berdekatan

  1. Selandar
  2. Simpang Bekoh
  3. Ayer Kuning Selatan
  4. Pekan jus
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Kemasyarakatan
Bahagian
Pentadbiran
Daerah
Ibu daerah/Ibu negeri
Bandar
Kawasan perumahan
Bandar baru
Kampung
Kampung baru
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.